KELAS NADI X MAHIR - PERTANIAN PINTAR MINGGU 3

20 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 19 Ogos 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.

Kelas minggu ketiga ini memberi pengenalan mengenai Asas Kesuburan Tanah. Topik ini merangkumi tentang kapasiti tanah, nutrient tanah tersebut, komposisi dan tekstur tanah yang memainkan peranan penting dalam kesuburan tanaman. Turut dikongsikan adalah mengenai simpton kekurangan nutrient pada tanaman dan pengenalan kepada baja organik.

Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.

Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali